Makna bacaan dalam solat
Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog sekalian.
Rasanya sudah berminggu2 aku cuba menyiap tugasan menterjemah kertas kerja yang dihadiahkan Hj Baharom. Tapi x pernah selesai juga. Inilah kesannya apabila bertangguh kerja. Tp nak buat mcm mana. Inilah tabiat yang sudah menjadi satu kebiasaan sejak dari skolah dulu. Jam pun sudah menunjukkan 2.33am. Aku amik masa skit utk hilangkn kebosanan untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang pentingnya kita memahami setiap makna @ maksud setiap bacaan yang kita ucapkan dalam solat.
Dari skolah dulu ustaz sering mengatakan bahawa solat yg khusyuk merangkumi segenap aspek dari sebelum melakukan solat dan hingga memberi salam. Ini termasuk daripada mengambil wuduk, pakaian, rukun solat, bacaan dan tidak terkecuali memahami setiap ucapan@bacaan dalam solat. Di sini lampirkan makna bagi setiap bacaan dalam solat tersebut.
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
*untuk bacaan dalam barab, korg boleh rujuk dalam mana2 buku panduan solat…
credit to faizal: http://fullfilth.blogspot.com/
Salam bagusnya bro. Tahniah dapat mencetus idea yang sangat bermanfaat dalam blog ini. Keep it up!
fmtt said this on August 4, 2008 at 3:38 pm |
bagus sekali artikal ini
faizal said this on August 6, 2008 at 2:46 am |
congratz bro…may this blog could benefited others especially our young generation…
baini jamil said this on September 4, 2008 at 1:14 pm |
Assalamualaikum. As a muslim who wants to return to the Right Path, I really want to thank you for this. Insya-Allah, ini akan membantu saya bersolat dengan khusyuk. A hadith for you:
“Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan Allah akan mendapat ganjaran. Dia juga akan mendapat ganjaran manusia yang telah mengikut jalan kebenaran itu sehinggalah ke Hari Perhitungan. Ganjaran itu tidak akan berkurang walaupun sedikit.”
Thank you very much. May Allah bless you.
Nur Ain said this on September 5, 2008 at 1:32 am |
slm..why dun u put d arabic version???it will look nice then…juz my humble sggestion:)
baini jamil said this on September 9, 2008 at 12:12 pm |
kullu ‘am wa anta bikhair..may Allah bless u..
amirah ammar said this on September 9, 2008 at 1:23 pm |
salam.. blog yg bgs.. semoga Allah memberkati anda
fiza said this on October 10, 2008 at 2:39 am |
Salam ukhwah…..idea yg bagus…trus kan usaha…..smoga ALLAH berkati hidup saudara>>insyaALLAH
multigirlz said this on November 26, 2008 at 2:20 am |
terima kasih banyak-banyak . semoga Allah merahmati anda . Ameen
Adibah Hussin said this on November 9, 2010 at 5:42 am |